Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Friday, June 8, 2012

berbaur..[-__-]

hari ni bermacam-macam perasaan dirasakan..

bersyukur..gembira.. jeles.. sedih.. sakit hati.. marah.. takut.. kecewa.. sepi..ntah macam ada something yg buatkn perasaan ini bercampur baur n akhirnya aq jadi orang yg macam xda perasaan..

hipokritkah aq..
lain dmulut lain dihati..

bila bukak fb jak.. jeles tangok orang lain bahagia.. macam2 post bahagia yg mereka post..
kadang-kadang baca status orang memang buatkan rasa diri ini serba kekurangan..
gembira tengok orang lain bahagia.. lebih2 lagi musim cuti sekolah macam ni.. ada jak musim kenduri nasi minyak sana sini..berduyun-duyun undangan sampai.. yang dah kawen plak dah bergelar ayah n ibu.. macam abg Ramly.. ari dia dah dapat sorang anak pompuan.. msti comel..bahagianya tgk dia post status.. hehhe.. tumpang bahagia jugak..bersyukur sgt akhirnya dia dah dapat cahaya mata..

ari ni jugak tengok sorang lagi senior post pic kawen dia.. hmm senior zaman sekolah n universiti aq.. senior yg agak playboy sejak d bangku sekolah lagi.. akhirnya dia kawen jugak...lawa istri dia n Chinese.. apa-apa pun gembira tgok dia dah kawen..

hari ni jugak.. as usual.. line manager aq marah lagi.. as usual coz aq buat error.. n for the next next n next timenya aq dapat warning yg buatkan aq takut.. aq takut aq xtahan ngan kerja ni.. aq takut aq xdapat teruskan kerja d tmpt aq krja skrg..n aq takut kehilangan kerja tu.. btul gak kata dia yg dia perlukan "ACCURACY"!!! tapi aq..aq sorang yg sangat suka ambil lewa semua hal.. xsuka fikirkan benda sgt.. sgt slamba n sempoi jak.. xsuka fkirkan masalah berat2.. "SIMPLE"!! thats me.. tapi bila ia telah menyebabkan org lain susah, aq rasa sangat serba salah.. tempoh percubaan aq xsampai pun sebulan lagi.. lau dalam tempoh ni aq x tunjukkan sebarang kemajuan kemungkinan untuk dapat kerja ni cuma 10% jak.. skrg aq rasa just 50:50.. rasa cam di hujung tanduk.. 

takut.. 
bukan aq takut dibuang kerja.. tapi aq takut kecewakan orang lain.. aq takut kecewakan harapan mak bapa aq yg berharap agar aq berjaya dapat kerja yg baik.. aq nampak harapan itu.. tapi.. aq sangat gagal tuk jadikan harapan tu semangat untuk aq berjaya dalam alam kerjaya sekarang.. kenapa dulu aq boleh jak hidup bersusah payah n sekarang x?? kenapa bila semuanya jadi mudah buatkan aq lagi malas n buat sambil lewa?? kenapa bila peluang betul2 dalam genggaman aq nak sia2 kan?? kenapa bila harapan n jalan dihadapan aq sukar tuk aq teruskan.. kenapa banyakk sangat halangan yang sengaja aq wujudkan tuk diari aq gagal dalam hidup?? kenapa aq telah kecilkan lagi peluang yg dah terbentang depan aq..

n...
hidup aq rasa sepi.. aq ada kawan tapi aq selalu keseorangan.. 
pergi kerja sorang.. balik kerja sorang.. makan sorang.. n tdur pun sorang.. bukan xda housemate tapi banyak benda yang aq terpaksa telan sendiri.. memang kah bila hidup bekerjaya kita akan kehilangan masa tuk diri sendri.. kadang2 tempat meluah pun xda..tiba2 aq rasa dunia aq kembali pada zaman aq sekolah dulu.. zaman aq slalu rasa keseorangan..rasa sedih n xnak orang lain tau..zaman aq selalu meluah dalam diari.. means aq xda tempat meluah terbaik selain diary..

aq ada dia.. tp aq rasa dia semakin jauh.. xpernah pun ambik tahu pasal aq.. kdg2 aq perlukan perhatian, tapi  aq xkn dpt tu dari dia..kadang2 aq rasa cam aq ni syok sendiri.. n kadang2 aq rasa dia sengaja jauhkan diri dari aq.. n aq slalu rs yg dia xperlukan aq pun.. aq takut perasaan ini akn hilang..walaupun aq cuba tuk bertahan tapi aq xboleh jaga perasaan ni sorg.. aq rasa aq makin lemah..aq slalu rs aq xda sapa2..xda sapa tuk meluah.. xda tempat pun..hidup aq sangat sepi.. sunyi..aq berlakon depan kwn2 yg aq tgh bahagia.. aq berbohong yg aq ada pakwe yg sgt amik berat.. aq berpura-pura senyum bila tgok org lain kluar ngan pasangan mereka, gayut ngan pasangan mereka, crita pasal pasangan mereka.. tapi aq jeles.. jeles tgok org lain bahagia..jeles knp aq x sebahagia mereka.. hidup aq rs kosong.. hidup yg xada perasaan.!!





`*•♥•r i n a (◕‿◕✿) e u r i n a..❤.•*´¨ 
 mulai saat ini, (skrg dah 2 saat)blog ni akan jadi tmpt aQ meluah.. 
so.. apa2 yg terlintas kat kpala aQ tym tu korg jan la pedulik ea.. 
aQ tgh sakit hati ka.. marah ka.. sedih ka.. happy ka.. klakar yg terconnect ka..syok sndiri ka..
 jan la ambik aty ya..
 ~CERIALAH WAHAI CIK KUPU-KUPU~

Saturday, May 19, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Hati,

Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?



Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.



Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.



Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?


Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Thursday, May 17, 2012

siapakah pemilik hati itu?

tiba-tiba teringat kat someone..

seseorang yang pernah jadi kawan baik.. kawan tempat meluah.. tempat melepaskan rasa sedih..
ntah la.. napa plak tiba2 rasa rindu untuk tau tentang dia.. untuk tau siapakah dia yang berjaya memiliki hatinya..
sungguh aku rindukan dia.. sunyi tanpa dia yang sebelum ini slalu ada tuk menumpangkan kesedihan bersama..

sejak hatinya dimiliki kami dah jadi orang asing.. kekok tuk becakap .. malah boleh dikatakan lost contact..
bertuahnya orang yang bernama AnNur Syahirah.. berjaya miliki hati seorang yang sangat sporting.. seorang yang jadi diri dia sendiri walau dimana pun dia berada.. seorang yang hidupnya sentiasa ingin  menceriakan orang lain.. bahagiakan orang lain..

kenapa aq pernah ada kawan sebaik dia?
saat ini.. napa aq menangis bila ingatkan dia.. walaupun kami kawan baik tapi aq sentiasa perlukan dia.. aq rindukan cara dia ceriakan orang lain.. aq xboleh nak menipu bila bersama dengan dia..

napa sekarang ni susah sangat nak cari kawan seperti dia..walaupun perkenalan yang sungguh singkat.. tapi mampu tuk ubah kehidupan aq.. dia dah berjaya tuk capai semua impian dia seperti yg dia ceritakn.. tapi aq?? still d sini.. xtentu hala..

AQ NAK KAWAN AQ BALIK!!

Wednesday, December 28, 2011

Ada Apa Pada Jari Kita?


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “melentu buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


P/s : Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang???

sumber : nizarazu

Mengenali personaliti mengikut jenis darah


Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.



1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)


Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.


Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)


Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.


Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


P/s : sekadar hiburan semata..takleh nak percaya sangat k.. ^^v

sumber : nizarazu

Friday, December 16, 2011

Lawak Pendek


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.


------------------------------------------ Smile --------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat 
tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------ Smile --------------------------------------------  

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

------------------------------------------ Smile --------------------------------------------  

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------ Smile -------------------------------------------- 

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------ Smile -------------------------------------------- 

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------ Smile -------------------------------------------- 

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------ Smile -------------------------------------------- 

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------ Smile -------------------------------------------- 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


Wednesday, December 14, 2011

R~E~S~I~G~N !!^^

akhirnya~~~
aq berhenti kerja jugak akhirnya..


perasaan???


happy!!
sebab mmg nak resign dari dulu lagi..
akhirnya assistant boss sendiri ckp yg boss suh aq antr surat resign..
bunyi cam kene buang keje kan..
tapi tak.. plan mmg nak berenti tapi tak tau cam mn nak gtau boss..
akhirnya boss sendiri offer tuk aq berenti kerja..
ok la..
lagipun aq xrasa ada improvement pun kerja kat cni..
cuma lebih faham sal jualan langsung jak..
its fine!!
lagipun boss rasa aq ni xpatut kerja kat cni..
lepasan ijazah tapi gaji xsampai seribu pun..
aq patut dapat kerja yang lagi baik..
yang sesuai ngan kelayakan aq..
tapi bukan semudah tu..
kelayakan lagi tinggi lagi susah nak cari kerja..
apa2 pun  aq happy sebab akhirnya aq dapat peluang tuk rehat..
aq tak pernah rasa cam mn stay kat umah..
rehat puas2..
seperti rakan2 yang lain lepas praktikal ari tu..


sedih~~
sapa tak sedih bila xda keje..
xde keje maknanya xda income la..
huhuhu..
nak kene cari keje laen lagi.. bukannya senang nak cari keje skrg ni..
sebak doh boss cakap macam tu..
walaupun mmg plan, tapi kenyataannya sedih tuk meninggalkan keje yang dah masuk lima bulan ni..
apa2 pun pengalaman tu penting!!


btul lah!!
bila kita niat sesuatu tu, kita memang akan dapat..
waktu aq mula kerja dulu, aq niat ngan duit keje aq nanti aq akan tanggung kos tuk aq konvokesyen..
Alhamdullillah!! kos konvo aq tanggung sendiri..
walaupun sedikit terpaksa d support oleh family..
n niat aq tuk buat lesen jugak tercapai..
even still ada sdikit yang perlu aq abiskan..
tapi alhamdullillah aq ambil lesen ngan duit aq sendiri..
tanpa perlukan duit sokongan dari PAMA..


yang paling penting!!
aq kerja aq tak pernah susahkan sapa2 tuk support aq..
aq leh blanja duit aq sendiri ikut suka aq..


tapi pas ni.. kena jimat cermat la..


x sabar tunggu hujungbulan tuk BLAH!!!

Monday, December 5, 2011

aq malu kat semua orang!!

aq sedih.. :( T_T...
malu kat semua orang...
rasanya ada tak tempat pertapaan paling sesuai tuk aq..?
tempat yang orang lain takkan nampak aq.. takkan jumpa aq..
mana nak sembunyikan muka ni?.. sedih sangat ngan apa yang berlaku..

even, patutnya hari konvokesyen aq adalah hari yang paling bahagia dalam hidup aq, tapi aq tak mampu tuk cakap tu la hari bertuah aq..

aq malu kat semua orang!! malu sebab rosakkan majlis orang..
skrg aq dah semakin rasa rendah diri.. nk tegur orang pun rasa cam segan sgt..
bila jumpa ngan orang yang aq kenal rasa nak lari jauh2..
kecewa sangat ngan diri sendiri..

saat orang kata yang kita dah berjaya, barulah aq sedar bahawa banyaknya kegagalan aq..
aq gagal tuk buat yang terbaik..tuk semua orang terumanya tuk diri aq dan family aq..

aq dah rosakkan majlis.. gagal tuk buat yang terbaik walaupun tu majlis yang sangat besar sebab melibatkan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.. betul2 mengecewakan!! maafkan aq semua sebab dah hancurkan harapan semua orang!! rasa bersalah sangat sebab tak dapat buat yang terbaik malah telah menghancurkan majlis tersebut.. aq telah rosakkan Majlis Makan Malam Rejimental Universiti Malaysia Sabah!!

Majlis Konvokesyen UMS ke-13 juga buatkan aq rasa gagal tuk buat yang terbaik.. aq hanya berjaya dapat kelas dua : 1.. patutnya aq boleh dapat yang lagi baik dari ni.. aq kecewa sangat..
rasa menyesal sebab belajar sambil lewa selama ni.. orang lain boleh dapat lagi baik.. siap dapat macam2 anugerah lagi.. tapi aq, gagal tuk buat yang terbaik tuk family aq.. rasa nak repeat jak semua paper2 2.. lau boleh nak semua full A.. aq mmg banyak sangat main.. dah jadi sangat pemalas.. dah xda disiplin cam time sekolah dulu.. aq telah mengecewakan semua orang.. terutamanya family yang meletakkan harapan tingi pada aq.. 

sama gak waktu aq interview ari tu.. aq just wat sambil lewa.. padahal aq ada peluang tuk dapatkan kerja tu..
tapi, aq just wat sambil lewa.. g interview tanpa wat sebarang persiapan.. itu interview la Rina!! bukannya nak g borak2 ngan kawan2!! sungguh megecewakan..

semuanya berpunca dari diri aq sendiri.. aq gagal tuk buat yang terbaik n tak pernah pun berazam tuk buat sesuatu benda tu ngan serius.. napa aq macam ni?? napa aq teruk sangat sampai macam ni sekali!! aq dah putus asa.. macam mn nak kembalikan semangat aq ni?? aq rasa nak lari sejauh mungkin.. nak jerit kuat2!! tapi kat mana? tempat ni bukan macam kat UMSKAL.. kat mana2 boleh buat suka ati jer... nak lari, lari jer g petonas.. nak jerit, g jer kat pantai tu jerit puas2 sampai abis sora.. sampai esok mmg takkan kuar sora dah.. banyak cara nak release tension kat sana.. kat tempat ni kat mn nak release? Bukit Padang tu dekat jer.. silap ari bulan sampai kat sana plak.. 




`*•♥•r i n a (◕‿◕✿) e u r i n a..❤.•*´¨ 
 mulai saat ini, (skrg dah 2 saat)blog ni akan jadi tmpt aQ meluah.. so.. apa2 yg terlintas kat kpala aQ tym tu korg jan la pedulik ea.. aQ tgh sakit hati ka.. marah ka.. sedih ka.. happy ka.. klakar yg terconnect ka..syok sndiri ka.. jan la ambik aty ya.. 
 ~CERIALAH WAHAI CIK KUPU-KUPU~