Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Showing posts with label ~tentang dia~. Show all posts
Showing posts with label ~tentang dia~. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

jeles la tengok kebahagiaan org laen.....

seus jeles..
jeles bila tgk org laen ngan pasangannya..
td tgk pic konvo classmate time darjah yg study kat UPM..
nmpk pic dia ngan family dia..
n..
pic dia ngan tunang dia.. hmm jelesnya..
ari tu pun tym abg Ramli konvo pun dia ada pic ngan teman wanita dia n sekarang ni dah jadi bini dia..
bahagia jer tgk dorg..


dulu pernah tanamkan impian bila konvo nnt nak pasangan hidup ada skali..
hadiri majlis2 kejayaan.. sama2 raikan kejayaan..
tapi..
semua tu mustahil.. 
dia xbercadang tuk datang pun..
kecewa n kecil aty tu mmg ada..
tapi nk buat mcm mn.. sedih n redha jer la..

sdgkan Tauliah ari tu dkt UTHM ari tu pun xsudi nak dtg..
pe tah lagi yg kn menyeberang laut cina selatan.. mustahil bagi dia..

bukan xpernah suarakan hasrat, tapi mcm2 alasan terpaksa diterima..
mungkin bukan rezeki..
mesti ada sebab napa semua jadi mcm ni..
kawan saya kata hadapi dengan senyuman :)

xpa la.. yang paling penting family akan sentiasa ada walau di mana pun..
walaupun terpaksa menyeberangi laut cina selatan macam time tauliah ari tu..
mereka akan sentisa ada tuk raikan kejayaan aq..

tu jer yg pntg.. n aq xkn kecewakan mereka..
mmg la aq ni kuat sgt berangan n kdg2 xlogik..
apa2 pun aq mmg jeles bila tgk org laen ngan pasangannya terutama yang dah kawen..

hahhaa.. pe la aq ni kan.. macam nk cakap kat mak jak "MAK AQ NAK KAWEN"
haha.. xkn la aq nk cakap mcm tu plak..
wat masa ni aq just nk senangkan hidup family aq jak dulu..
bila semuanya dah stabil baru aq akn fkir bnda2 mcm tu semua..

bila org yg kuat berangan d tanya macam tu, msti jwpn impian last skali nk kawen..
yg apling penting nak balas jasa mak ayah dulu..
bagi dorg hidup sng.. xnk bagi dorg krja lagi..
time tu nnt nak mak ayah jalan2 keliling dunia jak..
xperlu ssh payah nk cari duit.. n I will support all!!

waktu kecik dulu berangan sangat nak bawa mak ayah nek Haji...
pastu nk bawa dorg balik kampung kat Indonesia jln2..
bukan naek kapal laut.. tapi naek kapal udara(kapal terbang la)..

hehe.. aq mmg kuat berangan kan..
dari kecik lagi n siap buat list lagi.. n simpan sampai sekarang..

tapi sekarang xnk jadikan tu angan2.. tapi tu la NIAT aq tuk org tua aq..
ya ALLAH perkenankan la doa hambamu ni.. AMIN..




`*•♥•r i n a (◕‿◕✿) e u r i n a..❤.•*´¨
 mulai saat ini, (skrg dah 2 saat)blog ni akan jadi tmpt aQ meluah..
 so.. apa2 yg terlintas kat kpala aQ tym tu korg jan la pedulik ea.. aQ tgh sakit hati ka.. marah ka.. sedih ka.. happy ka.. klakar yg terconnect ka..syok sndiri ka.. jan la ambik aty ya.. 
 ~CERIALAH WAHAI CIK KUPU-KUPU~

Tuesday, September 6, 2011

LUASNYA HATI...

Sent: Monday, September 5, 2011 2:19 PM
Subject: Re:


LUASNYA HATI...

Kisah seorang pemuda yang sedang dirundum berbagai masalah, sehingga menjadikannya putus harapan. Seharian dia duduk termenung meratapi kesedihannya.Tidak jauh dari situ ada seorang tua yang memerhatikan pemuda yang dalam kesedihan itu.
Maka dihampirilah pemuda itu dan berkata “anak muda apa yang sedang kamu fikirkan sehingga membuatkan kamu menjadi lemah dalam kesedihan?”

Pemuda itu menjawab “Apa pakcik peduli! pakcik tidak akan mungkin dapat merasakan apa yang saya alami saat ini…!”
Dengan sabar orang tua itu berkata “Nak… memang pakcik tidak dapat merasakan beratnya beban yang ada dalam hati dan fikiran kamu, tetapi pakcik hanya ingin menjemput kamu untuk minum bersama di rumah pakcik… ayuh  nak?”
Tanpa membantah pemuda itu pun mengikuti orang tua tersebut.
Sesampainya di rumah, orang tua itu membawakan segelas kopi panas dan diberikan kepada pemuda tadi “silakan minum..” kata orang tua itu.
Dan tanpa segan silu lagi pemuda itu  meminumnya dan setelah meminum kopi tadi pemuda itu berkata dengan marah “cuah!!….pahit sekali kopi ini, apa maksud pakcik?!”

Orang tua itu hanya tersenyum “sekarang bawa kopi pahit yang kamu minum tadi setelah itu tuangkan kopi itu ke dalam air tasik yang ada di belakang rumah pakcik ini” perintah orang tua itu.
Semakin tidak mengerti pemuda itu tetapi dia menuruti perintah pakcik itu.

 Kemudian orang tua itu berkata  “sekarang kamu minum air tasik yang telah kamu campur kopi pahit itu”
“Masih berasa pahitkah air yang kamu minum ?” kata orang tua itu lagi.
“tidak …. yang ada hanya rasa tawar” jawab pemuda

Dengan tanda tanya ” apa maksud dari semua ini” kata pemuda itu lagi.
Dengan tersenyum, pakcik itu  memberikan penjelasan:
” Jika hati kita seperti cawan maka kita tidak akan pernah boleh menerima kenyataan dan masalah  hidup yang datang silih berganti,sebab ukuran cawan untuk menerima sesuatu itu adalah terbatas. Kadangkala pahit dan kadangkala pula manis.
Akan tetapi kalau mempunyai hati yang luas seperti tasik, kita akan selalu menerima kenyataan yang kadangkala pahit dan menyakitkan dengan berlapang dada.. Kepahitan sesuatu masalah tidak akan merosakkan hidup kita..”




`*•♥•r i n a (◕‿◕✿) e u r i n a..❤.•*´¨ mulai saat ini, (skrg dah 2 saat)blog ni akan jadi tmpt aQ meluah.. so.. apa2 yg terlintas kat kpala aQ tym tu korg jan la pedulik ea.. aQ tgh sakit hati ka.. marah ka.. sedih ka.. happy ka.. klakar yg terconnect ka..syok sndiri ka.. jan la ambik aty ya..
 ~CERIALAH WAHAI CIK KUPU-KUPU~

Monday, September 5, 2011

KISAH POHON EPAL


Sent: Sunday, September 4, 2011 4:29 PM
Subject: Re:

the sad tree

KISAH POHON EPAL

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, 
“Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu”jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.




 (",)sedihnya kisah dia..

     bgusnya la kan lau ada org mcm tu..
     setia tggu kita wlupun slalu ditinggalkan ..
     wlupun org jmpa dia hya bila diperlukan..
     tapi dia xkesah.. dia still ada saat diperlukan..
     dia berikan semuanya tanpa harapkan balasan..



`*•♥•r i n a (◕‿◕✿) e u r i n a..❤.•*´¨ 
 mulai saat ini, (skrg dah 2 saat)blog ni akan jadi tmpt aQ meluah.. so.. apa2 yg terlintas kat kpala aQ tym tu korg jan la pedulik ea.. aQ tgh sakit hati ka.. marah ka.. sedih ka.. happy ka.. klakar yg terconnect ka..syok sndiri ka..
 jan la ambik aty ya.. 
 ~CERIALAH WAHAI CIK KUPU-KUPU~