Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, June 8, 2012

berbaur..[-__-]

hari ni bermacam-macam perasaan dirasakan..

bersyukur..gembira.. jeles.. sedih.. sakit hati.. marah.. takut.. kecewa.. sepi..ntah macam ada something yg buatkn perasaan ini bercampur baur n akhirnya aq jadi orang yg macam xda perasaan..

hipokritkah aq..
lain dmulut lain dihati..

bila bukak fb jak.. jeles tangok orang lain bahagia.. macam2 post bahagia yg mereka post..
kadang-kadang baca status orang memang buatkan rasa diri ini serba kekurangan..
gembira tengok orang lain bahagia.. lebih2 lagi musim cuti sekolah macam ni.. ada jak musim kenduri nasi minyak sana sini..berduyun-duyun undangan sampai.. yang dah kawen plak dah bergelar ayah n ibu.. macam abg Ramly.. ari dia dah dapat sorang anak pompuan.. msti comel..bahagianya tgk dia post status.. hehhe.. tumpang bahagia jugak..bersyukur sgt akhirnya dia dah dapat cahaya mata..

ari ni jugak tengok sorang lagi senior post pic kawen dia.. hmm senior zaman sekolah n universiti aq.. senior yg agak playboy sejak d bangku sekolah lagi.. akhirnya dia kawen jugak...lawa istri dia n Chinese.. apa-apa pun gembira tgok dia dah kawen..

hari ni jugak.. as usual.. line manager aq marah lagi.. as usual coz aq buat error.. n for the next next n next timenya aq dapat warning yg buatkan aq takut.. aq takut aq xtahan ngan kerja ni.. aq takut aq xdapat teruskan kerja d tmpt aq krja skrg..n aq takut kehilangan kerja tu.. btul gak kata dia yg dia perlukan "ACCURACY"!!! tapi aq..aq sorang yg sangat suka ambil lewa semua hal.. xsuka fikirkan benda sgt.. sgt slamba n sempoi jak.. xsuka fkirkan masalah berat2.. "SIMPLE"!! thats me.. tapi bila ia telah menyebabkan org lain susah, aq rasa sangat serba salah.. tempoh percubaan aq xsampai pun sebulan lagi.. lau dalam tempoh ni aq x tunjukkan sebarang kemajuan kemungkinan untuk dapat kerja ni cuma 10% jak.. skrg aq rasa just 50:50.. rasa cam di hujung tanduk.. 

takut.. 
bukan aq takut dibuang kerja.. tapi aq takut kecewakan orang lain.. aq takut kecewakan harapan mak bapa aq yg berharap agar aq berjaya dapat kerja yg baik.. aq nampak harapan itu.. tapi.. aq sangat gagal tuk jadikan harapan tu semangat untuk aq berjaya dalam alam kerjaya sekarang.. kenapa dulu aq boleh jak hidup bersusah payah n sekarang x?? kenapa bila semuanya jadi mudah buatkan aq lagi malas n buat sambil lewa?? kenapa bila peluang betul2 dalam genggaman aq nak sia2 kan?? kenapa bila harapan n jalan dihadapan aq sukar tuk aq teruskan.. kenapa banyakk sangat halangan yang sengaja aq wujudkan tuk diari aq gagal dalam hidup?? kenapa aq telah kecilkan lagi peluang yg dah terbentang depan aq..

n...
hidup aq rasa sepi.. aq ada kawan tapi aq selalu keseorangan.. 
pergi kerja sorang.. balik kerja sorang.. makan sorang.. n tdur pun sorang.. bukan xda housemate tapi banyak benda yang aq terpaksa telan sendiri.. memang kah bila hidup bekerjaya kita akan kehilangan masa tuk diri sendri.. kadang2 tempat meluah pun xda..tiba2 aq rasa dunia aq kembali pada zaman aq sekolah dulu.. zaman aq slalu rasa keseorangan..rasa sedih n xnak orang lain tau..zaman aq selalu meluah dalam diari.. means aq xda tempat meluah terbaik selain diary..

aq ada dia.. tp aq rasa dia semakin jauh.. xpernah pun ambik tahu pasal aq.. kdg2 aq perlukan perhatian, tapi  aq xkn dpt tu dari dia..kadang2 aq rasa cam aq ni syok sendiri.. n kadang2 aq rasa dia sengaja jauhkan diri dari aq.. n aq slalu rs yg dia xperlukan aq pun.. aq takut perasaan ini akn hilang..walaupun aq cuba tuk bertahan tapi aq xboleh jaga perasaan ni sorg.. aq rasa aq makin lemah..aq slalu rs aq xda sapa2..xda sapa tuk meluah.. xda tempat pun..hidup aq sangat sepi.. sunyi..aq berlakon depan kwn2 yg aq tgh bahagia.. aq berbohong yg aq ada pakwe yg sgt amik berat.. aq berpura-pura senyum bila tgok org lain kluar ngan pasangan mereka, gayut ngan pasangan mereka, crita pasal pasangan mereka.. tapi aq jeles.. jeles tgok org lain bahagia..jeles knp aq x sebahagia mereka.. hidup aq rs kosong.. hidup yg xada perasaan.!!





`*•♥•r i n a (◕‿◕✿) e u r i n a..❤.•*´¨ 
 mulai saat ini, (skrg dah 2 saat)blog ni akan jadi tmpt aQ meluah.. 
so.. apa2 yg terlintas kat kpala aQ tym tu korg jan la pedulik ea.. 
aQ tgh sakit hati ka.. marah ka.. sedih ka.. happy ka.. klakar yg terconnect ka..syok sndiri ka..
 jan la ambik aty ya..
 ~CERIALAH WAHAI CIK KUPU-KUPU~

Saturday, May 19, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Hati,

Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?



Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.



Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.



Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?


Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Thursday, May 17, 2012

siapakah pemilik hati itu?

tiba-tiba teringat kat someone..

seseorang yang pernah jadi kawan baik.. kawan tempat meluah.. tempat melepaskan rasa sedih..
ntah la.. napa plak tiba2 rasa rindu untuk tau tentang dia.. untuk tau siapakah dia yang berjaya memiliki hatinya..
sungguh aku rindukan dia.. sunyi tanpa dia yang sebelum ini slalu ada tuk menumpangkan kesedihan bersama..

sejak hatinya dimiliki kami dah jadi orang asing.. kekok tuk becakap .. malah boleh dikatakan lost contact..
bertuahnya orang yang bernama AnNur Syahirah.. berjaya miliki hati seorang yang sangat sporting.. seorang yang jadi diri dia sendiri walau dimana pun dia berada.. seorang yang hidupnya sentiasa ingin  menceriakan orang lain.. bahagiakan orang lain..

kenapa aq pernah ada kawan sebaik dia?
saat ini.. napa aq menangis bila ingatkan dia.. walaupun kami kawan baik tapi aq sentiasa perlukan dia.. aq rindukan cara dia ceriakan orang lain.. aq xboleh nak menipu bila bersama dengan dia..

napa sekarang ni susah sangat nak cari kawan seperti dia..walaupun perkenalan yang sungguh singkat.. tapi mampu tuk ubah kehidupan aq.. dia dah berjaya tuk capai semua impian dia seperti yg dia ceritakn.. tapi aq?? still d sini.. xtentu hala..

AQ NAK KAWAN AQ BALIK!!