Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, May 19, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Hati,

Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?



Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.



Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.



Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?


Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Thursday, May 17, 2012

siapakah pemilik hati itu?

tiba-tiba teringat kat someone..

seseorang yang pernah jadi kawan baik.. kawan tempat meluah.. tempat melepaskan rasa sedih..
ntah la.. napa plak tiba2 rasa rindu untuk tau tentang dia.. untuk tau siapakah dia yang berjaya memiliki hatinya..
sungguh aku rindukan dia.. sunyi tanpa dia yang sebelum ini slalu ada tuk menumpangkan kesedihan bersama..

sejak hatinya dimiliki kami dah jadi orang asing.. kekok tuk becakap .. malah boleh dikatakan lost contact..
bertuahnya orang yang bernama AnNur Syahirah.. berjaya miliki hati seorang yang sangat sporting.. seorang yang jadi diri dia sendiri walau dimana pun dia berada.. seorang yang hidupnya sentiasa ingin  menceriakan orang lain.. bahagiakan orang lain..

kenapa aq pernah ada kawan sebaik dia?
saat ini.. napa aq menangis bila ingatkan dia.. walaupun kami kawan baik tapi aq sentiasa perlukan dia.. aq rindukan cara dia ceriakan orang lain.. aq xboleh nak menipu bila bersama dengan dia..

napa sekarang ni susah sangat nak cari kawan seperti dia..walaupun perkenalan yang sungguh singkat.. tapi mampu tuk ubah kehidupan aq.. dia dah berjaya tuk capai semua impian dia seperti yg dia ceritakn.. tapi aq?? still d sini.. xtentu hala..

AQ NAK KAWAN AQ BALIK!!